Pesan Ke Email
Komen Terkini
- Thanks - banyak sangat sebut 'jadi'.....
-
- Wassalam - Sama2. Semoga bermanfaat. ...
- Trm Kasih - Sama2..
- hehehe - nice info :p
- Lepas dah letak semua MX record tu. ...
- since dah post topik nie.. so skrg da...
- Salam. - Terimakasih.
Koleksi Nasyid Ramadhan
Tuesday, 25 August 2009 05:18

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Harap semua dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah2 yang lain dengan sempurna. Bukan senang nak bertemu Ramadhan, bulan yang lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun. Kita hidup pun x pasti lagi sampai bila kan.
Pada kesempatan ini, saya sempat untuk kumpul sedikit nasyid-nasyid Ramadhan. Jazakallah diucapkan kepada sahabat, Ihsan Berahim atas kesudia untuk berkongsi nasyid2 beliau.
Walaupun pada awalnya, nasyid ni berada dalam IMEEM, tp agak leceh skit, sebab IMEEM hadkan lagu2 yg ingin di'embed'kan di website lain boleh dimainkan 30 saat shj. Selebihnya kena buka dalam IMEEM tu sendiri.
So, saya try download dari IMEEM dan mainkan dalam website saya sendiri. Pemain muzik di bawah saya menggunakan Wimpy MP3 player. Sangat cantik dan senang untuk dikonfigurasi. Banyak lagi tema2 yang menarik.
Hard Disk Crush
Thursday, 09 July 2009 18:57

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, assignment 1 dah nk siap. Kalau dibandingkan dengan kod yang saya uploadkan aritu, mmg byk la bezanya. Dan yang bestnya, saya berjaya buat hanya dengan kod asas yang lecturer ajar je. haha, alhamdulillah.
Tapi semalam, hard disk saya crush. External hard disk yang saya beli pada februari 2008 lepas. Sedih... huhu (T__T). Walaupun saiznya kecil shj, 160 GB, tp kandungannya sgt bernilai.
Sungguh, Ana Merindui Anta
Saturday, 13 June 2009 10:58
5.50 am 10 Jun 2009
Ketika saya masuk ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh, saya dikejutkan dengan satu berita duka. Berita pemergian seorang lagi insan yang terlalu istimewa. Seorang senior, seorang saudara dan seorang sahabat buat saya.
“ammar meninggal dunia lepas magrib waktu mesir. sampaikan kt shbt2″
Itu mesej yang pertama yang ditunjukkan kepada saya oleh Abdullah Khairi. Sedayanya saya cuba menafikan bahawa ammar yang dimaksudkan adalah Ammar Zulkifli. Tetapi setelah selesai saya membaca mesej itu, saya terus dihujani oleh mesej2 yang sama oleh sahabat2 yang lain, maka harapan saya berkecai. Hati luluh dan air mata mengalir deras. Kerana yang pergi adalah insan yang terlalu istimewa buat saya; seorang sahabat yang bernama Ammar Zulkifli.

Walaupun di MATRI dahulu Ammar adalah senior 2 tahun di atas saya, tetapi batch bukan pemisah antara kami. Walaupun setelah tamat SPM dia menyambung pelajaran diluar negara, kerap sahaja kami berhubungan menerusi YM. Ammar di Mesir dan saya Malaysia. Selalunya jika beliau pulang ke Malaysia Ammar adalah antara yang akan selalu menjengah ke MATRI. Tidak skali beliau lokek dalam perkongsian dengan adik- adik pelajar MATRI.


