Text Size

Remote Database Website

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Monday, 30 August 2010 09:28

Assalamualaikum.

Sempena Majlis Wacana Lepasan MATRI, aku ditugaskan membuat website promosi.. Elok2 aku host kt domain pewaris n dah nk promote dah, tetiba domain tu telah dipoint ke hosting lain tanpa bgtahu aku dlu.. Hurm, x palah, website pewaris tu pun perlu siap dgn cepat gak. Semoga usaha kita dipermudahkan.

So, aku pun tak tau dah nk gne domain mana nk hostkan. Macam tak berapa sesuai promote program PLM guna domain ukhwahfillah. Pikir punya pikir, aku rasa baik host kt domain matri terus, kan ada kaitan tu. Aku pun request la subdomain plm, dan databasenya skali.. Tapi nk dijadikan cerita, aku x dpt password tuk access database. Hurm, dah la nk siapkan cepat.

Aku pun pikir la lagi. Remote Database. Hah, nasib baik terlintas idea tu. So, untuk korang yang tak tau, remote database tu adalah mengakses database yang terdapat di hosting lain. Nak dipermudahkan, aku tgh bekerja dgn 2 hosting iaitu hosting 'ukhwahfillah' dan 'matri', tp aku x leh akses database kt 'matri'. So, website plm kt hosting 'matri' akan menggunakan database di hosting 'ukhwahfillah' yang aku dah cipta. Kelebihan lain buat remote ke hosting 'ukhwahfillah':

 

  1. aku x payah pindah database
  2. database tu bawah kawalan aku
  3. aku dapat akses dengan mudah. (^_^)

 

Ok, skang macam mana nk buat remote database.

 

Video-Pengenalan CMS

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Thursday, 19 August 2010 00:05

Assalamualaikum.

Ini pengalaman pertama buat video tutorial. Rasa cuak gak bila rekod, banyak kali terlupa nak cakap apa, hehe. Mula2 nak buat tentang Joomla terus, tapi fikir2 balik, rasanya ramai lagi yang tak tahu Joomla tu apa dia. So, untuk kenal Joomla, kena tahu dulu apa itu CMS. Nah, sila tonton dan komen..

 

Sembunyikan modul sebaik sahaja log masuk

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Monday, 26 July 2010 17:01

Assalamualaikum.

Setelah lama menghilang dalam kesibukan kampus, barulah sekarang nak fikir perkara baru nk diupdate dalam blog sebab tengah bercuti. :D. Oklah. Jom sembang Joomla lagi.

Bagi anda yang selalu bermain dengan Joomla, anda akan perasan setiap menu dan module boleh diletakkan permission atau Access Level (AC) yang berlainan. Anda boleh setkan AC menu tertentu untuk mengawal tahap capaiannya. Sekiranya anda set AC kepada public, maka semua orang boleh akses. Seterusnya jika AC adalah Registered, maka yang berdaftar dan ke bawah sahaja yang boleh mendaftar. Sekiranya Special, author dan ke bawah sahaja boleh akses. Dengan kata lain, fungsi akses level hanyalah untuk mengelak orang yang TIDAK MENCAPAI TAHAP daripada melihat dan mengakses website, dan BUKAN mengelak orang yang SUDAH MENCAPAI TAHAP daripada melihat dan mengakses website.

Agak pening kan kenyataan saya di atas. Oklah, kita bagi sedikit situasi.

Situasi A

Admin mahu beri capaian 'download' hanya kepada pengguna berdaftar sahaja. Pengguna yang tidak berdaftar tidak akan sama sekali melihat link download.

Situasi B

Admin mahu meletakkan custom menu yg menunjukkan ikon "REGISTER" yang sangat cantik dan sedikit gambar2 lain untuk menarik minat ramai org mendaftar. Pastilah admin mahu menu ini hanya dapat disaksikan oleh pengguna tidak berdaftar. Setelah berjaya log masuk, menu ini akan hilang.

Situasi A dapat dibuat dgn Joomla, tetapi Situasi B agak sukar dan perlu menyentuh kod programnya. hehe :D. Apa yang situasi B hajatkan adalah hanya Guest sahaja yang mempunyai AC untuk melihat menu tersebut, dan tidak dapat dilihat oleh Registered dan Special.

Adeh ngantuk. Pening gak baca balik ayat kt atas ni. Masuk coding terus la.. Ni solusinya untuk Situasi B

Dapatkan status pembaca samada dia log in ke tidak (Kalau x log in maksudnya blm mendaftar)

<?php



$user =& JFactory::getUser(); //Jadikan pembaca sbg objek user

$user_id = $user->get('id'); //Dapatkan id user (kalau x daftar, id adalah nilai 0)



if(!$user_id) //( sekiranya id = 0, statement ni akan jadi true; sbb ada simbol ! )

{ ?>

<jdoc:include type="modules" name="namamodule" style="block" /> // Kod ni akan di'execute' hanya bila true @ id=0 @ pengguna tidak mendaftar

<?php } ?>



//Kalau pengguna dah log in, kod tu akan diabaikan sahaja. Maka modul itu x akan dapat dilihat oleh pengguna mendaftar

OK. Tamat. Selamat mengaplikasi. :D

 

Membuang Metatag Generator Joomla

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Friday, 21 May 2010 10:59

Assalamualaikum

Permintaan yang biasanya dibuat oleh webmaster adalah untuk membuang meta tag generator daripada source output website. Hal ini biasanya adalah untuk sebab keselamatan bagi menyembunyikan bukti bahawa website adalah berjalan atas platform Joomla. Membuang metatag generator bukanlah satu2nya jalan melainkan hanya salah satu jalan untuk menyembunyikan bukti ini. Nilai generator ini sangatlahlah mudah untuk disunting dan dibuang dengan satu baris kod PHP sahaja.

Buka teks editor kegemaran anda dan paparkan fail index.php daripada default template website anda. Kebanyakan template seharusnya ada blok PHP di awalan fail yang bermula dengan <?php dan kadangkala ditutup dengan ?> (saya tulis kadangkala kerana sebahagian web developer tidak suka menutup fail php mereka). Cari di mana terletaknya blok php ini dan letak kod ini di mana2 sahaja. (untuk lebih mudah, letak kod ini selepas sahaja pembuka

$this->setGenerator(null);

Apa yang kita lakukan adalah memberitahu template aktif ($this->) untuk set nilai meta generator(setGenerator) kepada tiada nilai (null). Sekiranya anda mahu letak nilai lain, boleh gantikan null dengan nilai lain dalam bentuk string (letak nilai di antara 2 doublequote, "value"). Selepas anda lakukan ini, refresh website anda dan lihat sumber kodnya. Lihat di ruang meta generator tag.

<meta name="generator" content="" />

Secara kasarnya, anda masih boleh lihat ruang generator tetapi nilainya adalah kosong @ nilai yang anda setkan. Maka orang lain tidak akan mengetahui apakah CMS yang berjalan di belakang website anda. Hurm, sebenarnya anda boleh hilangkan terus nilai metatag generator ini. Caranya adalah dengan menyunting kod asas Joomla. Buka fail /libraries/joomla/document/html/renderer/head.php dan cari baris kod ini.

$strHtml .= $tab.'<meta name="generator" content="'.$document->getGenerator().'" />'.$lnEnd;


Komenkan baris tersebut dengan meletak // di permulaannya.

//$strHtml .= $tab.'<meta name="generator" content="'.$document->getGenerator().'" />'.$lnEnd;


Selesai membuat demikian, metatag generator anda akan dibuang sepenuhnya daripada website anda.

 

5 Langkah Mudah Untuk Mengubah HTML Template Kepada Joomla Template

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Sunday, 07 March 2010 14:47

Web TemplateAssalamualaikum. Kali ini ana akan bagi tips sikit untuk mengubah HTML Template biasa kepada Joomla Template.

Mengubah HTML Template ke Joomla Template bukanlah susah sangat seperti yang anda fikir. Hanya 5 langkah mudah dan anda boleh cipta dan menggunakan Temlate Joomla anda sendiri.

Kenapa anda perlu baca dan belajar ini? Sebab mungkin anda terjumpa satu template HTML yang sangat cantik dalam internet dan betul-betul inginkan template tersebut digunakan dalam website Joomla anda.

Baiklah, mari kita tengok satu persatu.

   

Naik Keselamatan Web Anda

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Tuesday, 16 June 2009 23:20

Assalamualaikum.

Joomla memiliki 'default setting' di mana administrator boleh login di ruangan /administrator. cth http://example.com/administrator. Maka pengguna2 internet yg lain dengan mudahnya dapat mengesan bahawa anda menggunakan platform joomla dgn hanya menaip ruangan masuk administrator tersebut.

Malahan, para hackes juga dengan mudah dapat hack masuk ke dalam web anda, apabila mereka 'crack'kan ID dan Password untuk Joomla Information.

   

Seyret Video Gallery

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Saturday, 23 May 2009 22:49

Salam.

Puas saya cari component video gallery utk joomla 1.5. Kalau boleh nak fungsi mcm youtube pun best gak. hehe. Alhamdulillah, dapat 3 pilihan.

1. hwdVideoShare
2. JoomTube
3. Seyret

   

Admin Praise 2

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Saturday, 23 May 2009 20:01

Logo Admin Praise 2Assalamualaikum

Hari ni saya bercadang untuk naik-taraf sedikit blog saya. Maka saya pun cubalah selongkar komponen-komponen yang ada dalam PC saya nih. Banyak sangat komponen-komponen dan tidak disusun rapi. Penat juga rupanya mahu mencari komponen yang best, dan sesuai nih.

Alhamdulillah, Allah susun, saya terjumpa komponen Admin Praise 2 (AP2) dalam folder yang sangat tersembunyi dalam hard disk saya. Tanpa melengahkan masa saya terus install AP2 nih. Dah lama tak guna template ni, sekali-sekala nak tukar citarasa.

   

More Articles...

Page 1 of 2

Site Login