Text Size

Membuang Metatag Generator Joomla

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Assalamualaikum

Permintaan yang biasanya dibuat oleh webmaster adalah untuk membuang meta tag generator daripada source output website. Hal ini biasanya adalah untuk sebab keselamatan bagi menyembunyikan bukti bahawa website adalah berjalan atas platform Joomla. Membuang metatag generator bukanlah satu2nya jalan melainkan hanya salah satu jalan untuk menyembunyikan bukti ini. Nilai generator ini sangatlahlah mudah untuk disunting dan dibuang dengan satu baris kod PHP sahaja.

Buka teks editor kegemaran anda dan paparkan fail index.php daripada default template website anda. Kebanyakan template seharusnya ada blok PHP di awalan fail yang bermula dengan <?php dan kadangkala ditutup dengan ?> (saya tulis kadangkala kerana sebahagian web developer tidak suka menutup fail php mereka). Cari di mana terletaknya blok php ini dan letak kod ini di mana2 sahaja. (untuk lebih mudah, letak kod ini selepas sahaja pembuka

$this->setGenerator(null);

Apa yang kita lakukan adalah memberitahu template aktif ($this->) untuk set nilai meta generator(setGenerator) kepada tiada nilai (null). Sekiranya anda mahu letak nilai lain, boleh gantikan null dengan nilai lain dalam bentuk string (letak nilai di antara 2 doublequote, "value"). Selepas anda lakukan ini, refresh website anda dan lihat sumber kodnya. Lihat di ruang meta generator tag.

<meta name="generator" content="" />

Secara kasarnya, anda masih boleh lihat ruang generator tetapi nilainya adalah kosong @ nilai yang anda setkan. Maka orang lain tidak akan mengetahui apakah CMS yang berjalan di belakang website anda. Hurm, sebenarnya anda boleh hilangkan terus nilai metatag generator ini. Caranya adalah dengan menyunting kod asas Joomla. Buka fail /libraries/joomla/document/html/renderer/head.php dan cari baris kod ini.

$strHtml .= $tab.'<meta name="generator" content="'.$document->getGenerator().'" />'.$lnEnd;


Komenkan baris tersebut dengan meletak // di permulaannya.

//$strHtml .= $tab.'<meta name="generator" content="'.$document->getGenerator().'" />'.$lnEnd;


Selesai membuat demikian, metatag generator anda akan dibuang sepenuhnya daripada website anda.

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
=)=D=(XD:dizzy:T_T:blush:^_^=_=-_-:pout::angry:=Oo_O:snicker:
:eyebrow::sigh::sick::whisper::whistle::nuu::gah::flame::cool::shy::kawaii::notfunny::snooty::uhh:X_X
XB:talkbiz::grr::onoes::psychotic::scared::evil::nomnom::zombie::want::drunk::love::meow::music:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

!joomlacomment 4.0 Copyright (C) 2009 Compojoom.com . All rights reserved."

Site Login