Pesan Ke Email
Komen Terkini
- Thanks - banyak sangat sebut 'jadi'.....
-
- Wassalam - Sama2. Semoga bermanfaat. ...
- Trm Kasih - Sama2..
- hehehe - nice info :p
- Lepas dah letak semua MX record tu. ...
- since dah post topik nie.. so skrg da...
- Salam. - Terimakasih.
Pasang Subdomain Di Remote Hosting
Monday, 20 July 2009 17:50

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, banyak urusan saya belakangan dah selesai. Bila kita jaga HDA, insyaallah Allah permudahkan urusan kita. Apa dia HDA, adakah hubungan dengan awek? Bukan, tapi makna sebenar HDA adalah hubungan dengan Allah swt. Kekadang rasa malu sangat2 dengan Allah swt. Waktu susah je baru kita nak ingat kepadaNya. Nak exam, baru la nk solat khusyu', doa lelama, baca quran mathurat. Tapi bila masa senang, selamba je kita lupa kt Allah. Gelak byk2 kuat2, waktu solat x jaga, quran x buka. Sebab tu kekadang kita selalu rasa gelisah tak tentu hala, macam nak tumbuk orang je, walaupun sebenarnya x de masalah apa pun, melainkan masalah HDA je. Mgkin ramai antara kita dah pernah dengar firman Allah dalam surah Ar-Rad ayat 28 "Ala bizikrillahi tathmainnal qulub". Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Jadi, untuk mengatasi masalah gelisah ni, jom sama2 kita jaga HDA kuat2 walau di mana kita berada.
I.allah, saya akan teruskan dengan tarbiyah IT (^_^). Saya baru je terfikir dan tertarik nk gunakan perkataan tarbiyah IT ni sebagai peringatan supaya jangan lalai dalam dunia IT. Sentiasa bawa tarbiyah walaupun ke dunia IT. Lagipun dari segi makna pun, "Pendidikan IT", sangat sesuai digunakan. Ok, sebelum mulakan tarbiyah IT ni, saya mahu mengucapkan terima kasih banyak2 kepada sahabat saya, ihsan berahim sbb benarkan saya untuk buat kajian ni di atas hosting beliau.
Seperti anda sedia maklum, saya adalah antara penggemar Joomla, iaitu applikasi web lengkap untuk membina website. Dah banyak kali saya masuk Official Website Joomla terutama sekali sekiranya mahu mencari komponen2 baru untuk web saya. Apa yang menarik perhatian saya, di situ, diorang (administrator laman rasmi joomla) buatkan subdomain baru yang berbeza untuk setiap bahagian dalam website tersebut. Saya bagi mudah skit. Dalam laman saya ada satu bahagian menu download diatas. Kalau klik, anda akan dibawa ke link http://blog.ukhwahfillah.com/download.html. Tapi bagaimana saya nak ubah link tu menjadi subdomain baru untuk bahagian itu shj. Contohnya, bahagian download tu jadi http://download.ukhwahfillah.com
Maka, saya mulalah cari sumber dalam internet yang boleh jelaskan perkara ni. Setelah agak lama, saya dapat jawapannya. Rupa2nya, setiap subdomain di Laman Rasmi Joomla tu adalah menggunakan skrip yang berbeza, malah turut berada di hosting yang berbeza. Kita sebagai pengguna hanya dikelirukan dengan paparan muka tema yang serupa, jadi kita menganggap semua subdomain itu adalah menggunakan satu skrip website sahaja.
Saya menggunakan konsep ini untuk mencuba pada domain saya juga. Meh kita kaji sama2.
Pertama sekali, masuk ke dalam domain centre anda. Kalau anda x pasti di mana Domain Centre anda, silalah hubungi syarikat di mana anda beli domain tersebut. Bila dah log masuk, pergi ke Domain Manage. Klik gambar utk besarkan
Kedua, klik butang 'Manage FREE DNS Service'. Walaupun dia suruh tukar current server ke required server, tapi anda boleh abaikan setting ini, sebab hasilnya tetap sama.
Ketiga, anda akan masuk ke ruangan DNS. Di sini anda dapat melihat banyak record untuk domain anda. Kita akan guna A Records sebab kita mahu tujukan pada IPv4 Address. Manakala AAAA Records untuk IPv6 Address. Informasi tambahan boleh baca di sini. Klik pada 'A Records'. Di situ anda akan lihat butang 'Add A Record'. Klik butang itu untuk tambah rekord.
Keempat, sebelum anda add record, anda perlulah tahu dahulu apakah ip address remote hosting yang anda ingin tujukan. Bukak 'Command Prompt' dalam komputer anda dan taip ping domain.com. (e.g= ping esanstudio.net). Anda akan dapat kombinasi ip address untuk remote hosting tersebut.
Kelima, barulah anda boleh isi record. Name adalah subdomain yang anda mahu tujukan ke remote hosting. Destination IPV4 Address adalah ip yang kita dapatkan menggunakan Command Prompt sebentar tadi. TTL biarkan nilai asal. Klik pada 'add record' untuk simpan data tersebut.
Selesai. Subdomain tersebut telahpun dihalakan ke remote hosting. Langkah terakhir yang perlu dibuat adalah tambah subdomain.domain.com itu di bahagian 'Addon Domain' di remote hosting (hosting luar) anda.
Insyaallah setakat ini dahulu tarbiyah IT kali ni.
Wassalam.






