Text Size

Remote Database Website

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Monday, 30 August 2010 09:28

Assalamualaikum.

Sempena Majlis Wacana Lepasan MATRI, aku ditugaskan membuat website promosi.. Elok2 aku host kt domain pewaris n dah nk promote dah, tetiba domain tu telah dipoint ke hosting lain tanpa bgtahu aku dlu.. Hurm, x palah, website pewaris tu pun perlu siap dgn cepat gak. Semoga usaha kita dipermudahkan.

So, aku pun tak tau dah nk gne domain mana nk hostkan. Macam tak berapa sesuai promote program PLM guna domain ukhwahfillah. Pikir punya pikir, aku rasa baik host kt domain matri terus, kan ada kaitan tu. Aku pun request la subdomain plm, dan databasenya skali.. Tapi nk dijadikan cerita, aku x dpt password tuk access database. Hurm, dah la nk siapkan cepat.

Aku pun pikir la lagi. Remote Database. Hah, nasib baik terlintas idea tu. So, untuk korang yang tak tau, remote database tu adalah mengakses database yang terdapat di hosting lain. Nak dipermudahkan, aku tgh bekerja dgn 2 hosting iaitu hosting 'ukhwahfillah' dan 'matri', tp aku x leh akses database kt 'matri'. So, website plm kt hosting 'matri' akan menggunakan database di hosting 'ukhwahfillah' yang aku dah cipta. Kelebihan lain buat remote ke hosting 'ukhwahfillah':

 

  1. aku x payah pindah database
  2. database tu bawah kawalan aku
  3. aku dapat akses dengan mudah. (^_^)

 

Ok, skang macam mana nk buat remote database.

Video-Pengenalan CMS

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Thursday, 19 August 2010 00:05

Assalamualaikum.

Ini pengalaman pertama buat video tutorial. Rasa cuak gak bila rekod, banyak kali terlupa nak cakap apa, hehe. Mula2 nak buat tentang Joomla terus, tapi fikir2 balik, rasanya ramai lagi yang tak tahu Joomla tu apa dia. So, untuk kenal Joomla, kena tahu dulu apa itu CMS. Nah, sila tonton dan komen..

Pintas Data Dalam Internet

Attention: open in a new window. E-mail

Technology

Wednesday, 04 August 2010 11:33

Assalamualaikum. Perkongsian sedikit ilmu networking.

Pengenalan Wireshark

Wireshark adalah sejenis penganalisis paket jaringan. Ia akan cuba untuk menangkap segala paket yang melalui jaringan anda dan memaparkan paket tersebut selengkap yang mungkin.

Anda boleh aggap Wireshark sebagai alat pengukur yang menyemak apa yang berlaku di dalam sebuah kabel internet, sama seperti voltmeter yang digunakan oleh ahli fizik untuk menyemak apa yang berlaku di dalam kabel elektrik (Wireshark lebih canggih daripada itu)

Anda mesti pernah lihat filem2 detektif yang memintas mesej2 tertentu dgn meletakkan sesuatu alat di laluan kabel internet. Pada masa dahulu, alat seperti ini sangat mahal dan susah untuk dimiliki. Tetapi dgn kemunculan Wireshark, semuanya telah berubah. Pada hari ini, Wireshark telah menjadi penganalisis paket jaringan yang terbaik sekali.

Antara tujuan utama Wireshark dicipta adalah membantu administrator atau moderator internet untuk menganalisis masalah internet, keselamatan, protokol dan mempelajari internet dengan lebih mendalam. Namun begitu, Wireshark juga boleh disalah gunakan oleh hacker untuk memintas password dan username yang melalui sesebuah kabel internet.

Sniff SSL Username dan Password

Antara email yang terkenal adalah seperti gmail/yahoo/hotmail. Mengapa anda digalakkan menggunakan email yang sudah dikenali ini berbanding mana2 webmail yang baru dikenali? Ini kerana email tersebut melindungi pengguna walaupun username dan password anda dipintas di tengah jalan.

Data yang dihantar semasa login Gmail. Klik untuk besarkan.

Segala username dan password anda akan melalui proses encryption terlebih dahulu. Gmail menggunakan TLS dan pendahulunya SSL untuk menyembunyikan data yang dihantar. Walaupun data anda dipintas, tetapi adalah berbentuk encryption dan tidak dapat diketahui.

Encryption penuh data yang saya pintas untuk Gmail (dalam Hex)

Contoh webmail Malaysia

Ini satu pertemuan best. Anda pasti sedia maklum yang setiap pelanggan streamyx akan diberi webmail percuma (eg: faiz @ streamyx.com) dan boleh dilogin di http://webmail.tm.net.my. Tetapi tahukah anda, sebenarnya TMNet tidak menyediakan SSL dan encryption kepada pelanggannya. Saya dah cuba pintas data login ke webmail streamyx dan terbukti, username dan password dihantar dalam plaintext menggunakan teknik POST. Haha, TM, TM..Alahai..

Muka depan login webmail Streamyx. Klik untuk besarkan.

Data yang dihantar semasa login Streamyx. Klik untuk besarkan.

Sembunyikan modul sebaik sahaja log masuk

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Monday, 26 July 2010 17:01

Assalamualaikum.

Setelah lama menghilang dalam kesibukan kampus, barulah sekarang nak fikir perkara baru nk diupdate dalam blog sebab tengah bercuti. :D. Oklah. Jom sembang Joomla lagi.

Bagi anda yang selalu bermain dengan Joomla, anda akan perasan setiap menu dan module boleh diletakkan permission atau Access Level (AC) yang berlainan. Anda boleh setkan AC menu tertentu untuk mengawal tahap capaiannya. Sekiranya anda set AC kepada public, maka semua orang boleh akses. Seterusnya jika AC adalah Registered, maka yang berdaftar dan ke bawah sahaja yang boleh mendaftar. Sekiranya Special, author dan ke bawah sahaja boleh akses. Dengan kata lain, fungsi akses level hanyalah untuk mengelak orang yang TIDAK MENCAPAI TAHAP daripada melihat dan mengakses website, dan BUKAN mengelak orang yang SUDAH MENCAPAI TAHAP daripada melihat dan mengakses website.

Agak pening kan kenyataan saya di atas. Oklah, kita bagi sedikit situasi.

Situasi A

Admin mahu beri capaian 'download' hanya kepada pengguna berdaftar sahaja. Pengguna yang tidak berdaftar tidak akan sama sekali melihat link download.

Situasi B

Admin mahu meletakkan custom menu yg menunjukkan ikon "REGISTER" yang sangat cantik dan sedikit gambar2 lain untuk menarik minat ramai org mendaftar. Pastilah admin mahu menu ini hanya dapat disaksikan oleh pengguna tidak berdaftar. Setelah berjaya log masuk, menu ini akan hilang.

Situasi A dapat dibuat dgn Joomla, tetapi Situasi B agak sukar dan perlu menyentuh kod programnya. hehe :D. Apa yang situasi B hajatkan adalah hanya Guest sahaja yang mempunyai AC untuk melihat menu tersebut, dan tidak dapat dilihat oleh Registered dan Special.

Adeh ngantuk. Pening gak baca balik ayat kt atas ni. Masuk coding terus la.. Ni solusinya untuk Situasi B

Dapatkan status pembaca samada dia log in ke tidak (Kalau x log in maksudnya blm mendaftar)

<?php



$user =& JFactory::getUser(); //Jadikan pembaca sbg objek user

$user_id = $user->get('id'); //Dapatkan id user (kalau x daftar, id adalah nilai 0)



if(!$user_id) //( sekiranya id = 0, statement ni akan jadi true; sbb ada simbol ! )

{ ?>

<jdoc:include type="modules" name="namamodule" style="block" /> // Kod ni akan di'execute' hanya bila true @ id=0 @ pengguna tidak mendaftar

<?php } ?>



//Kalau pengguna dah log in, kod tu akan diabaikan sahaja. Maka modul itu x akan dapat dilihat oleh pengguna mendaftar

OK. Tamat. Selamat mengaplikasi. :D

Membuang Metatag Generator Joomla

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Friday, 21 May 2010 10:59

Assalamualaikum

Permintaan yang biasanya dibuat oleh webmaster adalah untuk membuang meta tag generator daripada source output website. Hal ini biasanya adalah untuk sebab keselamatan bagi menyembunyikan bukti bahawa website adalah berjalan atas platform Joomla. Membuang metatag generator bukanlah satu2nya jalan melainkan hanya salah satu jalan untuk menyembunyikan bukti ini. Nilai generator ini sangatlahlah mudah untuk disunting dan dibuang dengan satu baris kod PHP sahaja.

Buka teks editor kegemaran anda dan paparkan fail index.php daripada default template website anda. Kebanyakan template seharusnya ada blok PHP di awalan fail yang bermula dengan <?php dan kadangkala ditutup dengan ?> (saya tulis kadangkala kerana sebahagian web developer tidak suka menutup fail php mereka). Cari di mana terletaknya blok php ini dan letak kod ini di mana2 sahaja. (untuk lebih mudah, letak kod ini selepas sahaja pembuka

$this->setGenerator(null);

Apa yang kita lakukan adalah memberitahu template aktif ($this->) untuk set nilai meta generator(setGenerator) kepada tiada nilai (null). Sekiranya anda mahu letak nilai lain, boleh gantikan null dengan nilai lain dalam bentuk string (letak nilai di antara 2 doublequote, "value"). Selepas anda lakukan ini, refresh website anda dan lihat sumber kodnya. Lihat di ruang meta generator tag.

<meta name="generator" content="" />

Secara kasarnya, anda masih boleh lihat ruang generator tetapi nilainya adalah kosong @ nilai yang anda setkan. Maka orang lain tidak akan mengetahui apakah CMS yang berjalan di belakang website anda. Hurm, sebenarnya anda boleh hilangkan terus nilai metatag generator ini. Caranya adalah dengan menyunting kod asas Joomla. Buka fail /libraries/joomla/document/html/renderer/head.php dan cari baris kod ini.

$strHtml .= $tab.'<meta name="generator" content="'.$document->getGenerator().'" />'.$lnEnd;


Komenkan baris tersebut dengan meletak // di permulaannya.

//$strHtml .= $tab.'<meta name="generator" content="'.$document->getGenerator().'" />'.$lnEnd;


Selesai membuat demikian, metatag generator anda akan dibuang sepenuhnya daripada website anda.

   

I'm gonna love Opera

Attention: open in a new window. E-mail

Technology

Friday, 30 April 2010 19:11

Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak update blog. Macam-macam dah jadi, cuma tak sempat nk menulis. Hurm, malam ni aku agak keletihan membaca untuk preparation final exam 2 hari lagi. Cuma nak tunjuk satu web browser yang aku baru perasan ke'coolness' dia. Walaupun sebelum ni tahu kewujudan browser tu, tp tak pernah amek kisah pun..

Sebelum ni aku selalu gne firefox ngan chrome je. Firefox sbb suitable for development dan banyak addon (walaupun yg gne skit je) dan chrome sbb simple.

Baru-baru ni aku saja je install CentosOS dalam VirtualBox untuk belajar manage real server (utk beginner aku gne interface GUI dlu). Browser yang ada dalam tu adalah firefox. Disbbkan resolution Centos yg kecil (800X600), layout firefox pun jadi serabut dah aku tengok dengan saiz toolbar dia yg besar.

Aku saje je nk buat kelainan skit dalam VirtualBox ni sbb dia tak kacau sistem Windows aku. Teringat opera yang aku pernah guna kali terakhir masa form 4 dlu. Bila navigate ke web dia, agak tertarik skit ngan design dia. Blom lagi install. haha.

   

Program Ringkas Visual Basic

Attention: open in a new window. E-mail

Programming

Friday, 19 March 2010 19:44

Assalamualaikum.

Sekadar melepaskan geram sebab midterm semalam yang agak susah. Balik je bilik terus saya buka Visual Basic dan buat 2 applikasi ringkas. Entah tetiba je rasa nak buat terus saya buat. Erm bolehlah korang komen. Sebenarnya saya masih baru dalam Visual Basic dan tak berapa mahir dalam menggunakannya. Sebab tu saya buat ringkas je. Practice make perfect.

Applikasi 1

Applikasi pertama adalah untuk semak gambar profil pelajar yang disimpan oleh MMU. Applikasi ini akan menunjukkan gambar semua pelajar MMU yang mempunyai dalam rekod simpanan MMU. Gmbar akan ditunjuk berdasarkan ID Pelajar. Applikasi ni mengambil masa 1 jam untuk disiapkan. Sebenarnya kodnya sangatlah pendek dan ringkas, cumanya masa untuk mencari rujukan tu yang mengambil masa sedikit.

 

Applikasi 2

Applikasi 2 juga dibuat dengan menggunakan Visual Basic. Dalam kelas lecturer ada ajar untuk menyambungkan program dengan local database yang berasaskan Microsoft Access. Senang gak. Saya nak ambil sedikit untuk buat rujukan tapi macam tak sama dengan apa yang saya mahu. Applikasi yang saya cipta ini dibuat untuk menyambungkan program dengan remote database yang berasaskan MySQL. Konsepnya macam yahoo messenger. Anda dapat sign in dari mana2 sahaja asalkan ada internet dan maklumat anda akan sama sahaja walaupun anda buka di komputer yang lain. Sebabnya yahoo messenger menggunakan remote database untuk menyimpan maklumat pelanggannya.

Tapi saya punya applikasi ni tak sampai tahap tu lagi. Baru di permulaan dan percubaan. Applikasi 2 ini mengambil masa 2 jam untuk disiapkan rangka utama dan 1 jam tambahan untuk semak semula. Ada 3 fungsi yang saya letakkan. Fungsi utama program ini adalah untuk menyambung kepada remote database. Yang kedua adalah sistem log masuk, semak sama ada pengguna berdaftar atau tidak. Dan yang ketiga dapatkan maklumat tambahan untuk pengguna berdaftar berkenaan dalam database. Boleh tengok gambar di bawah.

Oklah setakat tu dulu. Insyaallah wassalam.

   

5 Langkah Mudah Untuk Mengubah HTML Template Kepada Joomla Template

Attention: open in a new window. E-mail

Joomla

Sunday, 07 March 2010 14:47

Web TemplateAssalamualaikum. Kali ini ana akan bagi tips sikit untuk mengubah HTML Template biasa kepada Joomla Template.

Mengubah HTML Template ke Joomla Template bukanlah susah sangat seperti yang anda fikir. Hanya 5 langkah mudah dan anda boleh cipta dan menggunakan Temlate Joomla anda sendiri.

Kenapa anda perlu baca dan belajar ini? Sebab mungkin anda terjumpa satu template HTML yang sangat cantik dalam internet dan betul-betul inginkan template tersebut digunakan dalam website Joomla anda.

Baiklah, mari kita tengok satu persatu.

   

Page 1 of 5

Site Login